1st Post: CeRiTErA CiNtA (May 7th, 2008) | ButToN oF My ChOOSeN LifE!!
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 9, 2010

1st Post: CeRiTErA CiNtA (May 7th, 2008)

Pertemuan pertama membawa 1001 satu makna..hanya dari satu sudut pandangan ia membawa kita kepada sebuah cerita cinta.. kisah ini bukan kisah biasa, ia dinamakan Cinta Luar Biasa… kenapa???? Kenapa ya… hanya mereka yang paham akan keperitan cinta ini akan bisa memahami erti sebenar dalam mencari sedikit kegembiraan dalam cerita cinta luar biasa itu.. ia bukan seperti cinta biasa yang sememangnya akan ada corak,plot dan jalan cerita yang akan ada naik turunnya.. ada kisah gembira, duka, aahhh… rasanya pasti ramai mengerti akan kisah cinta ini… bagi mereka yang kurang bernasib baik, kisah cinta ini akan bisa menghancurkan diri.. tapi bila hadirnya sebuah lagi kisah cinta, keperitan lama akan segera hilang diubati oleh cerita cinta yang sedang kembang mekar.. ya, cerita aku bukan tentang cinta mereka, ceritaku mengenai cerita cinta luar biasa.. cerita cinta ini ada plotnya tersendiri, jalan ceritanya agak mendatar.. ia memerlukan 1001 kesabaran, tanpanya musnah plot sebuah Cerita Cinta Luar biasa… kerna dalam cerita ini yang hanya akan hadir sebuah khayalan dan mimpi.. kenapa?? Kau ketawa, kau rasa pelik?? Sudahku katakan, kisah ini memang luar biasa.. kerna hanya sang punya cerita yang akan merasai semua plot rekaannya, hanya dia yang akan mengerti… kau Tanya kenapa ia dinamakn CInta Luar biasa?? Apa yang luar biasa??? Hahaha.. pernah kau dengar perigi mencari timba?? Apa, kau terkejut?? Kau menghina?? Siapa?? Jangan sekali kau menghina cerita ini, apa yang kau tahu?? Kau pernah merasainya?? Tidak, bukan?? Kau takkan pernah mengerti, dan aku tahu kau takkan pernah ingin mengerti, kerana ceritanya bagi kau…. Aku tahu, tapi bagi ku cerita ini istimewa, kerna tidak semua bernasib baik dalam cerita cinta mereka.. mungkin kau bernasib baik..tapi bukan aku.. ya.. setiap insan punya jodohnya tersendiri, begitu jua aku.. tapi, aku bukan ingin melawan takdir, tapi aku cuba untuk merasai apa sebenarnya makna disebalik cerita itu.. bila aku mula mendekati aku mula menyukainya, ceritanya bagiku menarik, dia mebawa aku kesatu dunia dimana ceritanya, maksudku ceritaku itu punya jalan ceritanya  tersendiri… jawapan?? Jawapn apa yang kau maksudkan?? Jawapan darinya?? Oh.. tidak.. kerna kau tahu apa yang akan lahir dari bibit mulutnya??… aku tak sanggup terima, kerna cerita yang telah aku bina selama hampir beberapa tahun ini akan musanah begitu saja, kerna ia juga akan turut memusnahkan duniaku, diamana hanya akan wujud aku dan dia… aku tak mahu semua itu hilang hanya dengan… memang.memang aku gila… biarlah cerita ini kekal dalam diari hidupku hingga tiba saat dimana jodoh yang telah ditetapkan olenya, hadir dan memberiku satu lagi cerita untuk aku dan dia sama mencoraknya, tapi bukan lagi di alam duniaku, tp di alam dimana semua berkongsi cerita mereka… sebelum itu aku Cuma berharap cerita cinta luar biasaku berakhir dengan 1001 kenagan yang akan ku simpan hingga ke akhir hayatku tanpa si dia tahu dan mengerti.. biarpun aku tak akan pernah lagi melihat wajah, gerak dan jejaknya..kerna itu ceritera cintaku…

0 comments: