ButToN oF My ChOOSeN LifE!!: April 2010
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 30, 2010

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"
Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "


Jadi renungkan lah....


1.
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
   hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
   KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
   'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
   gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
   tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
   anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
  nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Wednesday, April 28, 2010

let's go for cheap & affordable online shopping...

Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lagi!

 
PUISI

Isteriku ,

jika engkau bumi,

akulah matahari.

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..

Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan
silauan ku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,

malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.


Lalu......

Relakanlah aku menyinari planet lain,

menyampaikan faedah adanya aku,

kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet

lain...



*** Balasan Puisi sang isteri***


Suamiku,

andai kau memang mentari,

sang surya yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang

telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu

dan.... akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...



AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, jangan lah
bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah
remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba  lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!

jangan la nak berangan!!


Monday, April 19, 2010

lOt Of LisT was Made bEfore salLAry...

hi...Gaji-gaji..kat kepala aku nie duk menghitung hari, bile agaknya gaji nak masuk..adusss...apa kes..utang banyak..list bende yang aku nak beli pun banyak..wah2..over cam gaji 3-4riban jer...adehh..korang nak tau list bende apa aku nak beli...tgkla pic2 bawah.....layan...zassss


BenQ JoyBook Lite U101W

Nokia N95 US version



Tuesday, April 13, 2010

KoSOnG

Kosong atau kata lainnye...empty..kosong ada banyak, jawatan kosong, borang kosong , meja kosong , kerusi kosong , nie yang paling best jiwa aku yang kosong ....klu borang kosong , bleh gak kite isi kan?? meja kosong pun bleh gak..tapi kalau jiwa kosong ??? mmg ah boleh isi, tapi korang nak isis ngan apa?? air, makanan...ahhh aku tau, ilmu agama..hahaha..jangan nak gelak plak...aku tau ah aku nie..jahil skit...tapi mmg betul pun..agama tu mmg penting..tapi..aku xtau nape tiap-tiap hari aku rasa kosong ..macam dalam dunia, hanaya ada aku, aku dan aku...ahhhhhh...kul 5am aku dah bangun.. kul 6am solat dan bersiap g keje.. kul 6.40am gerak dari rumah...4.30pm balik...kul 5.30pm samapi umah...balik umah aku mandi...lepak jap dalam bilik, then kul 10pm aku tido..apa nie..maner life aku....pada saper aku nak luah segala masalah aku, penatlah simpan..dah 23 taun aku simpan semuanya sorang...family?? memang aku ader...aku ada mak, abah, adik-adikku yang 3orang...tapi...aku, takut nak luah segalanya...ahhhhh...kawan2 aku rindu kamo..tapi saper kawan yang betul2 kawan aku??? kawan yang betul memahami diri ini...memang ada, tapi diorang tak selalu ada ngan aku...jauh, ada komitment sendiri..aku takleh nak tamak...selfish...tapi dari maner aku nak dapat kekuatan untuk mengisi kekosongan idup aku nie??????? ahhhh.... aku..aku...aku... ntahla...aku rasa, masalah aku nie adalah masalah yang aku sendiri buat, masalah yang jalan penyelesaiannya hanya ada pada aku..tapi aku sendiri tak penah nampak...atau mmg aku buat2 xnamapak...apa2 pun aku perlukan kekuatan dari mu YA ALLAH utuk mencari segala jawapan untuk segala masalah aku....AMIN....

Saturday, April 10, 2010

KelETiHAn

allopps..pagi tadi aku g amik exam SPA tu..huh..bertolak kul 7.50am..tapi leh plak last minute tkr tmpt..hampeh tull..dah ah aku sesat sampai kat tasek ayer keroh, sampai country golf club aku pergi..rupanya resort jer..salah ler..dah sampai sana lak, kene tker plak lgi pusat..last2 kat puteri resort..tapi best gak..pool dier, serious besar, even dier agak kedalam..tapi aku suggest korang stay kat sana tuk holiday...
EXAM camner??? hahaha..aku pun tak tau aku jawap apa..asal bolh jer aku nie..bak kata budak sebelah aku tu..bismillahi tawakal allah...yer..aku pun ikut la....lunch tadi plak aku mkn Mc D jer.....jer sangat..dahla, duit ngah sangap...ahhhh..ada korang kesah....tul tak??? tul la tu...okla..ntuk ari nie tu jer..esok?? aku tak tau apa plan aku..korang jerla lan kan tuk aku..leh??? ahh..apa lagi..LAYAN....ZASSSSSSS

Friday, April 9, 2010

3rd Post: Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

alloo..wah3..jam sudah menunjukkan pukul 9.49pm..tapi aku masih lagi mengadap laptop nie...tau tak esok ader exam!!! uit...bacer ah buku...ahhhh..apa tah yang aku nak bacer....mmmm..anyway, for those yang amik exam nie, GOOD LUCK gak key...untuk bebudak office aku, korang pun GOOD LUCK gak key...buat lelok, w/pun peluang tuk dapat, adalah dalam 0.1%...kira ok per, dari 0%..hahaha..tul tak...okla...aku nak start revision..wish me luck key...ZASSSSS...LAYAN JER.....

Venue: Ayer Keroh Country Resort
Date: 10 April 2010
Time: 9.00am-4.20pm

2nd Post: SATU HARI…. (May 1st, 2008)

satu hari….apa ada pada satu hari??? adakah hari aku, yang aku lalui untuk hari ini, esok, lusa, ahhh bila2 bermakna??? kekadang aku terpikir,perlukah ada satu hari kalau hari itu tak beri kita erti..ya….betul kata kau…aku nie memang tak tau bersyukur…sepatutnya aku menghargai hari ini,esok, lusa atau hari2 seterusnya….kerana tanpa hari2 itu,tal mungkin ader seseorang yang bernama "amalina"..tak mungkin ader cerita yang dinukil khas buat "dirinya"…cerita yang hanya ader nukilan sedih, nukilan duka, nukilan….ahhhh..apa2 aje la…yang penting disebalik nukilan itu ader sedikit kegembiraan, senyuman dr yang tersayang…jangan salah sangka, aku tak punya insan yang "istimewa"..yang ader hanyalah keluarga tercinta..kerna tiap kali insan yang hadir pasti akan meninggalkan aku dengan 1001 kedukaan tanpa ader sedikit palitan kegembiraan…ya….ader, tapi itukah yang kau panggil kegembiraan.???aku tak akan menyesal, kerna hadirmu memberi aku pengajaran, mengajar aku jalan yang sepatutnya aku lalui didunia ini sebenar….terima kasih semua…hari2ku jua makin menjauh, jauh berjalan bersama ceritaku…walau corak dan gaya ceritanya dari hari ke hari jalan cerita dan plot nya sama…tp aku tetap aku, dan aku bersyukur "padamu"..tuhan yang menjadikan aku, tuhan yang mencipta alam ini…ALHAMDULILLAH….kini aku akan melangkah jauh dari dunia dan "alam Universiti" ini..adakah aku mampu, kerna hari dan perjalananku semakin hari semakin mencabar…semoga aku berjaya dalam mengharungi liku2 itu…kerna masih ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang perlu aku lakukan, aku hanya berdoa dan berharap agar plot dan jalan cerita ku berubah, berubah dan sekaligus memberi aku satu hari dimana disitu terletak apa yang aku inginkan dan apa yang aku cari….kerna kebahgiaan ku hanya cukup dengan melihat keluargaku bahgia, sihat dan…adakah aku punya hak untuk meneruskan??aku rasa cukup..cukup buat diriku, itulah puncak segala kebahgiaan ku walau hanya "satu hari"..moga ianya akan kekal dari hari kehari..moga keceriaanku ini akan kekal berdiri membentengi segala kedukaanku…kerna aku sememangnya aku, dan aku hanya untuk aku, bukan untuk seseorang yang bergelar "insan", kerna aku tidak mahu hari2ku dicemari oleh seseorang yang bernama insan…MAAF buat mereka yang telah aku sakiti..maaf,aku takbermaksud memasuki kancah perjalanan itu,kerna aku laluinya tanpa memikirkan natijah hari2 mendatangku…kini aku ingin lupakan hari2 iti..kerna kini aku punya "satu hari" yang baru…dimana kau hanyalah aku…..

1st Post: CeRiTErA CiNtA (May 7th, 2008)

Pertemuan pertama membawa 1001 satu makna..hanya dari satu sudut pandangan ia membawa kita kepada sebuah cerita cinta.. kisah ini bukan kisah biasa, ia dinamakan Cinta Luar Biasa… kenapa???? Kenapa ya… hanya mereka yang paham akan keperitan cinta ini akan bisa memahami erti sebenar dalam mencari sedikit kegembiraan dalam cerita cinta luar biasa itu.. ia bukan seperti cinta biasa yang sememangnya akan ada corak,plot dan jalan cerita yang akan ada naik turunnya.. ada kisah gembira, duka, aahhh… rasanya pasti ramai mengerti akan kisah cinta ini… bagi mereka yang kurang bernasib baik, kisah cinta ini akan bisa menghancurkan diri.. tapi bila hadirnya sebuah lagi kisah cinta, keperitan lama akan segera hilang diubati oleh cerita cinta yang sedang kembang mekar.. ya, cerita aku bukan tentang cinta mereka, ceritaku mengenai cerita cinta luar biasa.. cerita cinta ini ada plotnya tersendiri, jalan ceritanya agak mendatar.. ia memerlukan 1001 kesabaran, tanpanya musnah plot sebuah Cerita Cinta Luar biasa… kerna dalam cerita ini yang hanya akan hadir sebuah khayalan dan mimpi.. kenapa?? Kau ketawa, kau rasa pelik?? Sudahku katakan, kisah ini memang luar biasa.. kerna hanya sang punya cerita yang akan merasai semua plot rekaannya, hanya dia yang akan mengerti… kau Tanya kenapa ia dinamakn CInta Luar biasa?? Apa yang luar biasa??? Hahaha.. pernah kau dengar perigi mencari timba?? Apa, kau terkejut?? Kau menghina?? Siapa?? Jangan sekali kau menghina cerita ini, apa yang kau tahu?? Kau pernah merasainya?? Tidak, bukan?? Kau takkan pernah mengerti, dan aku tahu kau takkan pernah ingin mengerti, kerana ceritanya bagi kau…. Aku tahu, tapi bagi ku cerita ini istimewa, kerna tidak semua bernasib baik dalam cerita cinta mereka.. mungkin kau bernasib baik..tapi bukan aku.. ya.. setiap insan punya jodohnya tersendiri, begitu jua aku.. tapi, aku bukan ingin melawan takdir, tapi aku cuba untuk merasai apa sebenarnya makna disebalik cerita itu.. bila aku mula mendekati aku mula menyukainya, ceritanya bagiku menarik, dia mebawa aku kesatu dunia dimana ceritanya, maksudku ceritaku itu punya jalan ceritanya  tersendiri… jawapan?? Jawapn apa yang kau maksudkan?? Jawapan darinya?? Oh.. tidak.. kerna kau tahu apa yang akan lahir dari bibit mulutnya??… aku tak sanggup terima, kerna cerita yang telah aku bina selama hampir beberapa tahun ini akan musanah begitu saja, kerna ia juga akan turut memusnahkan duniaku, diamana hanya akan wujud aku dan dia… aku tak mahu semua itu hilang hanya dengan… memang.memang aku gila… biarlah cerita ini kekal dalam diari hidupku hingga tiba saat dimana jodoh yang telah ditetapkan olenya, hadir dan memberiku satu lagi cerita untuk aku dan dia sama mencoraknya, tapi bukan lagi di alam duniaku, tp di alam dimana semua berkongsi cerita mereka… sebelum itu aku Cuma berharap cerita cinta luar biasaku berakhir dengan 1001 kenagan yang akan ku simpan hingga ke akhir hayatku tanpa si dia tahu dan mengerti.. biarpun aku tak akan pernah lagi melihat wajah, gerak dan jejaknya..kerna itu ceritera cintaku…

Grand Openning!!!!!


بسم الله الرحمن الرحيم
alloo...wahhhh...salam perkenalan dan selamat datang buat diri aku yang baru nak mula mengepost something kat blog nie...anyway saje je nak open blog nie, yerla kat sini bleh jadi salah satu tempat aku untuk menempiaskan segala amarahku..huahua..."ADA AKU KESAH" hahaha...anyway, for those yang rasa blog nie  tak ok, korang abaikan jerla, xpun bg ah comment supaya aku dapat improvekan blog aku nie..tu pun kalau korang sudi..okla, aku malas nak citer panjang..so, for my 1st post, aku just nak post balik 'TULISAN/NUKILAN' aku dolu-dolu... post masa aku kat "U".... selamat membaca...ZASSSS......LAYAN JER....